Maklumat Penanaman Helianthus Ballad

Helianthus Ballad
Helianthus annuus

Tumbuhan kerdil ini ideal untuk diletakkan dalam pasu sepanjang tahun!

  • Helianthus kerdil F1 ini mempunyai kelopak bunga kuning emas yang terang dengan pusat yang gelap.
  • Tidak seperti variasi helianthus yang lain, siri Ballad tidak mempunyai serbuk sari yang bertaburan.
  • Mereka yang mengalami alergi bermusim akan menyukai Ballad kerana ia mempunyai kualiti hipoalergenik - tiada bersin atau sedu semasa berada di keliling bunga ini.
  • Daun hijau yang bersinar adalah amat tahan terhadap kulat.
  • Boleh dijadikan hadiah yang unik

Percambahan
Suhu
20° hingga 22°C

Penaburan Biji Benih
Biji benih boleh ditaburkan terus ke dalam bekas yang terakhir atau dalam dulang anak benih dengan lubang yang besar. Lindungi dengan media, vermiculit atau pasir. Percambahan adalah cepat – selalunya di antara 3 hingga 5 hari – dan Ballad boleh bercambah terus dalam bangku. 

Cahaya
Cahaya adalah tidak perlu


Penghasilan Anak Benih
Media
Gunakan media yang kering, bebas dari penyakit dengan pH di antara 5.5 hingga 6.3 dan nutrien pendahuluan EC 0.75 mmhos / cm dengan ekstrak 1:2.

Suhu Media
18° hingga 24°C

Cahaya
Selepas percambahan, kekalkan tahap cahaya di antara 1,000 hingga 2,500 f.c. (10,000 hingga 30,000 lux). Apabila anak benih matang, tahap cahaya boleh ditingkatkan sehingga 5,000 f.c. (54,000 lux).

Kelembapan Tanah
Kekalkan kelembapan pada tanah sehingga daun pertama tumbuh. Selepas itu, kelembapan tanah boleh dikurangkan. Elakkan anak benih dari menjadi layu.

Pembajaan
Apabila radikel kelihatan, letakkan 50 hingga 75 ppm N dari 15-0-15. Semasa kotiledon berkembang, tambahkan kadar baja pada 100 hingga 150 ppm N.

Penggunaan “Growth Regulators”
Tidak perlu


Pertumbuhan Sehingga Dewasa

Saiz Bekas
Pasu 5 hingga 6 inci (13 – 15 cm), 1 pucuk untuk setiap pasu. Untuk penghasilan bunga semasa musim sejuk, bekas yang lebih kecil (4.5 inci / 12 cm) boleh digunakan memandangkan ianya tidak akan tumbuh besar dalam keadaan yang mempunyai jangka masa siang yang singkat dan kadar cahaya yang rendah. Untuk musim panas dan luruh, bekas dengan saiz yang lebih besar (galon) boleh juga digunakan dan hasilnya adalah bunga yang besar dengan bunga sekunder yang ketara. Pertumbuhan 3 pucuk dalam satu bekas galon boleh juga dilakukan. Bekas dengan beberapa pucuk tumbuhan akan mempunyai bunga yang lebih kecil jika dibandingkan dengan sepucuk tumbuhan dalam saiz bekas yang sama.

Media

Gunakan media yang kering, tidak bertanah dan bebas dari penyakit dengan nutrien pendahuluan dan pH di antara 5.8 hingga 6.5.

Suhu
Malam: 18° hingga 20°C
Siang: 18° hingga 24°C
Dalam keadaan yang lebih panas, pertumbuhan adalah lebih cepat jika dibandingkan dalam musim yang sama. Masa pertumbuhan sebenar bergantung kepada suhu dan musim tumbuhan ditanamkan.

Cahaya
Cahaya yang lebih adalah digalakkan sementara suhu saranan dikekalkan. Kadar cahaya yang tinggi akan membolehkan batang Ballad menjadi lebih kuat dengan bunga primer yang lebih besar dan bunga sekunder yang lebih banyak.

Jangka Masa Siang
Ballad boleh berbunga dalam pelbagai musim. Percubaan fotoperiod menunjukkan bahawa Ballad akan berbunga 1 – 2 minggu lebih cepat dalam 10 jam masa siang berbanding 14 jam masa siang. Walau bagaimanapun, suhu yang lebih rendah yang dikaitkan dengan masa siang yang kurang boleh menyebabkan masa tanaman yang lebih lama. Jika cahaya asimilasi digunakan semasa masa siang yang pendek, masa tanaman akan ditingkatkan 1 hingga 2 minggu, bergantung kepada masa siang sebenar. Sebaliknya, tanaman yang bertumbuh semasa musim panas boleh dilindungi dengan kain hitam untuk menjadikan masa siang 12 jam. Ini akan memendekkan masa pertumbuhan sehingga 1 minggu semasa musim panas.

Penyiraman
Jangan terlebih siram. Benarkan media untuk mengering dengan sederhana sebelum menyiram secara keseluruhan. Elakkan dari menyiram pada sebelah petang kerana daun akan kekal menjadi basah semasa malam, menjadikan keadaan optimum untuk pertumbuhan kulat.

Pembajaan
Bubuh baja sekali seminggu pada 200 ppm N dengan kandungan kalium yang tinggi. Nisbah optimum baja N:P:K:Ca:Mg adalah pada 8:1:10:4:2. Berhenti pembubuhan baja 10 hari sebelum pembungaan.

Penggunaan “Growth Regulators”
Pada masa siang yang pendek, penggunaan “growth regulators” adalah tidak perlu. Pada jangka masa siang yang pendek dengan suhu yang rendah, pertumbuhan adalah di antara 8 hingga 12 inci (20 hingga 30 cm) tinggi. Pada jangka masa siang yang panjang dengan suhu yang lebih tinggi, pertumbuhan adalah di antara 20 hingga 24 inci (50 hingga 60 cm) tinggi. Untuk mengawal ketinggian, semburkan B-9 pada 2,500 hingga 5,000 ppm 2 hingga 3 kali, bermula dari 14 hari selepas pemindahan. Anda juga boleh menggunakan Bonzi secara pengaliran pada 3 hingga 5 ppm 14 hari selepas pemindahan. Pengunaan “growth regulator” akan melambatkan proses pembungaan selama lebih kurang seminggu.

Petikan
Petikan adalah tidak disarankan. Percubaan petikan telah dilakukan dengan mengeluarkan terminal pucuk selepas 4 – 5 bunga kecil kelihatan dalam bentuk bulatan pada bahagian atas tumbuhan. Petikan tidak akan menjadikan tumbuhan lebih baik.

Masalah Lazim
Serangga – Aphids
Penyakit – Kulat (Namun, Ballad adalah lebih tahan terhadap kulat berbanding variasi helianthus yang lain)